Saturday, May 8, 2010

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGURUS PASUKAN

Berikut adalah tugas dan tanggungjawab Pengurus-Pengurus Pasukan rumah sukan yang telah dilantik bagi Kejohanan Sukan Antara Rumah yang bermula pada April hingga Disember 2010.

1. Menguruskan latihan untuk ahli-ahli mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh EXCO sukan
2. Mengagihkan tugas kepada penolong pasukan rumah sukan
3. Menyedia dan memastikan adanya rekod kehadiran ahli
4. Membentuk pasukan rumah mengikut jenis sukan/kumpulan
5. Merangka kegiatan-kegiatan rumah
6. Menubuhkan jawatankuasa pengurusan rumah
7. Memastikan peralatan sukan mencukupi untuk kegunaan rumah serta bertanggungjawab menjaga peralatan suka
8. Mencadangkan peralatan-peralatan yang patut dibeli kepada EXCO sukan
9. Menyerahkan laporan kegiatan pertandingan antara rumah-rumah kepada EXCO sukan
10. Mencadangkan ahli-ahli rumah yang berpotensi untuk diserap bagi mewakili pasukan Ibu Pejabat FELCRA Berhad.
11. Menyusun dan mengatur ahli-ahli pasukan rumah mengikut jenis sukan yang diminati
12. Menjamin keselamatan ahli-ahli pasukan rumah dan sentiasa menjaga nama baik FELCRA Berhad
13. Melaksanakan tugas-tugas seperti diarahkan oleh EXCO sukan atau wakilnya.

No comments: