Friday, May 7, 2010

GARIS PANDUAN DASAR PEMBIAYAAN KESURA

KELAB SUKAN DAN REKREASI KAKITANGAN
IBU PEJABAT FELCRA BERHAD
(KESURA)
FELCRA Berhad, Wisma FELCRA,
Jalan Rejang, Setapak Jaya,
53300 Kuala Lumpur.
Tel. No. : 03-41433646, Fax : 603-41428162


PENGENALAN
.

Aktiviti-aktiviti sukan yang dianjur merupakan wadah mempertingkatkan imej staf khususnya dan FELCRA Berhad amnya. Lantaran itu penyertaan ahli-ahli KESURA didalam aktiviti luar selain di FELCRA Berhad wajar diberi galakan. Ini mendorong ahli-ahli melibatkan diri secara 'total' aktiviti-aktiviti yang disertai. Walaubagaimanapun, sumber yang terhad KESURA memerlukan penglibatan ahli-ahli disesuaikan dengan kekangan yang ada. Namun ianya mampu memberi impak kepada penyertaan ahli-ahli. Prinsip yang digunapakai mampu memberi keseimbangan dan keadilan kepada ahli tanpa membebankan kelab. Garis panduan perlu disediakan dan dikenali sebagai Garis Panduan Dasar Pembiayaan KESURA (GPDP).

DEFINASI.

Garis Panduan Dasar Pembiayaan KESURA (GPDP) ialah dasar yang merangkumi jenis pembiayaan, kelulusan permohonan, komitmen pasukan dan insentif kemenangan.

TUJUAN.

GPDP bertujuan mewujudkan satu garispanduan yang jelas, bersatu padu, adil dan saksama dengan memperuntukkan sejumlah wang bagi mengawal perbelanjaan secara berhemah tanpa menjejaskan kepentingan ahli-ahli yang lain. Ianya perlu dipantau bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan pencapaiannya.

GARIS PANDUAN DASAR PEMBIAYAAN KESURA DAN TATACARA PERMOHONAN

1. Memperuntukkan kadar maksimum RM2,000 bagi setiap pasukan yang mempunyai penyertaan ahli lebih enam (6) orang dan RM1,000 bagi penyertaan ahli kurang atau sama enam (6) orang mengikut anggaran keperluan tahunan dan kelulusan dalam tempoh 12 bulan kalendar.

2. Menghadkan penyertaan bagi kejohanan sukan anjuran MAKSPEN dan MAKSWIP. Penyertaan diluar tidak dipertimbangkan.

3. Kelulusan hanya diberi untuk yuran penyertaan dan elaun makan semasa kejohanan berlangsung sahaja.

4. Permohonan pembiayaan seterusnya tidak akan dipertimbangkan jika Pengurus Pasukan tidak mematuhi syarat-syarat atau gagal mengemukakan dokumen seperti ditentukan dan permohonan hendaklah dibuat berdasarkan anggaran yang diluluskan dalam bajet sukan tahunan mengikut aktiviti.

5. Menyedia dan memastikan adanya rekod bayaran yang diterima serta kehadiran ahli-ahli dan menyerahkannya kepada Bendahari.

6. Ahli-ahli perlu membentuk pasukan/persatuan mengikut jenis sukan/kumpulan dan telah bersedia sebelum menyertai kejohanan serta mengutip yuran daripada ahli-ahli untuk pembiayaan lain pasukan masing-masing.

7. Hendaklah memastikan peralatan sukan yang dibeli/dibekal dikembalikan serta bertanggungjawab menjaga peralatan tersebut.

8. Pengurus Pasukan perlu menyerahkan laporan kegiatan dan keputusan pertandingan kepada Exco sukan berkenaan bagi tujuan laporan tahunan kelab.

9. Pengurus Pasukan perlu memastikan keselamatan ahli-ahli dan sentiasa menjaga nama baik FELCRA Berhad.

10. Hendaklah melaksanakan tugas-tugas seperti diarahkan Exco Sukan atau wakilnya dan mengemukakan jumlah hadiah/sumbangan yang diperolehi untuk agihan.

11. Pengurus Pasukan perlu menilai semula keberkesanan penyertaan kejohanan untuk perancangan serta kejayaan yang lebih cemerlang.

12. Mencadangkan langkah-langkah yang patut diambil kepada Kelab bagi penambahbaikan dari pelbagai sudut yang berkaitan.

13. Pengurus Pasukan perlu berusaha mendapatkan sumbangan luar dan tidak bergantung sepenuhnya kepada kelab sukan serta menyediakan rekod terimaan dan bayaran untuk rujukan semua ahli.

14. Jumlah permohonan melebihi RM500 perlu dibawa ke mesyuarat Exco untuk perbincangan dan kelulusan.

1 comment:

playmaker said...

sila buat facilities sukan di pejabat bagi menyatupadukan ummah B)