Monday, November 1, 2010

FELCRA Berhad Naib Juara Ping Pong MAKSWIP 2010

SALAM SEJAHTERA. Terlebih dahulu kami bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberkati Kelab Ping Pong KESURA sepanjang berkampung selama 3 hari mulai 29/10/2010 sehingga 31/10/2010 di Ibu Pejabat FELCRA Berhad. Kelab Ping Pong KESURA telah membawa bendera FELCRA Berhad dan telah mengukir nama ke Kejohanan Ping Pong MAKSWIP. KESURA atas nama FELCRA Berhad telah dinobatkan sebagai NAIB JUARA PING PONG MAKSWIP Tahun 2010.

Terima kasih diucapkan kepada Pengurusan Tertinggi FELCRA Berhad kerana menyokong pasukan ping pong KESURA ini tanpa berbelah bagi dari awal perancangan lagi sehingga kejayaan yang diperolehi hari ini. Kejayaan ini lebih manis dengan sokongan Anak-anak Syarikat FELCRA Berhad, staf-staf dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Sekali lagi saya memberi penghargaan kepada semua pemain-pemain lelaki dan wanita KESURA yang menjulang nama FELCRA Berhad dengan penuh bergaya dan semangat berpasukan. TAHNIAH ! TAHNIAH KESURA ! TAHNIAH FELCRA BERHAD !

‘SPIN PING PONG TO WIN’

Wassalam.
Dari Pengurus Ping Pong Felcra Berhad

No comments: