Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN AL MUBARAK (Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan)



Bersyukur kita ke hadrat Ilahi yang memanjangkan usia dan memberikan kesihatan kepada kita dengan terus mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan yang mulia buat kali ke seterusnya.

Ramadhan kali ini sebenarnya berbeza dengan Ramadhan yang lalu kerana usia kita semakin bertambah. Sebab itulah kita sepatutnya lebih merasai kehangatan Ramadhan kali ini dengan menambahkan amalan dan kebaikan berbanding dari Ramadhan sebelumnya kerana kita tidak tahu bila kita akan kembali pulang kepada Allah.

Ambillah peluang Ramadhan yang tiba pada tahun ini, kerana besar kemungkinan kita tidak akan menemuinya di tahun hadapan. kerana ianya merupakan bulan tarbiah, bulan pendidikan, di mana jiwa-jiwa kita ditarbiah dengan undang-undang Ramadhan dan hati-hati kita dimotivasikan dengan kelebihan-kelebihan atau fadhilat-fadhilat Ramadhan.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menggunakan kelebihan-kelebihan yang ada sepanjang bulan ini. jika kesempatan ini kita tidak ambil betapa ruginya kita.

"Ya Allah, berkatilah kami, terimalah ibadah kami ampunkan dosa-dosa kami serta berilah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Amin ya rabbal alamin."


SELURUH JAWATANKUASA KESURA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA BAGI MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN YANG MULIA BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

No comments: