Monday, August 30, 2010

Pertandingan Ping Pong Amal anjuran Kelab Ping Pong Sg. Klah, Sungkai, Perak.





Salam sejahtera buat warga KESURA. Pada tarikh 31 Julai dan 1 Ogos 2010 yang lalu, Kelab Ping Pong KESURA Ibu Pejabat telah menghantar dua pasukan ping pong bagi menyertai Pertandingan Ping Pong Amal anjuran Kelab Ping Pong Sg. Klah, Sungkai, Perak.

Aktiviti tersebut adalah bagi tujuan untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh seorang ahli kelab berkenaan yang menghadapi penyakit Luekimia. Beliau memerlukan kos rawatan ubat-ubatan sebanyak dua ribu ringgit setiap bulan.

Kali ini pemain-pemain simpanan juga diberi peluang bermain dengan pemain-pemain luar yang lebih handal di peringkat negeri. Pemain-pemain dan pengurus pasukan berasa sangat berpuas hati kerana disamping dapat beramal dan mengasah bakat, kami dapat berkumpul bertukar-tukar fikiran disamping bermandi-manda di air panas (hot spring).

Bagi yang kaki pancing ikan kelah, lubuk terpilih berdekatan yang berada di Kampung Orang Asli di Taisong menjadi tumpuan. Pihak penganjur juga menyediakan 3 buah rumah percuma untuk tujuan penginapan.Akhir sekali dapat kami simpulkan iaitu ‘ Jadikanlah Kehidupan Dunia Ping Pong Yang Sementara Ini Sebagai Bekalan Untuk Akhirat dan BUKANNYA Kesukaran Untuk Beramal. Wassalam.

No comments: