Tuesday, July 27, 2010

Perlawanan Futsal 4 Penjuru

Futsal adalah acara terakhir di dalam Sukan 4 Penjuru yang telah diadakan pada 24 Julai 2010 (Sabtu) bertempat di IFC Futsal di Air Panas. Pasukan FELCRA Berhad telah mendapat Naib Johan di dalam pertandingan tersebut di mana Perlawanan Akhir adalah perlawanan diantara pasukan FELCRA Berhad dengan Surau Darul Huda (Penganjur).
Perlawanan tersebut cukup sengit dengan perbezaan mata hanya 1 mata sahaja iaitu 3 gol berbalas 2 gol, Surau Darul Huda (3 Gol) dan FELCRA Berhad (2 Gol). Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua staf HQ yang sudi hadir untuk memberi sokongan padu kepada pasukan FELCRA Berhad.

No comments: