Tuesday, July 20, 2010

Perlawanan 4 Penjuru (Ping-Pong dan Karom ) 17 Julai 2010

17 Julai 2010 (Sabtu) Perlawanan 4 Penjuru telah berlangsung di Dewan Serbaguna Jalan Rejang melibatkan acara Ping-Pong dan Karom, keputusan perlawanan kedua-dua acara yang dipertandingkan telah dimenangi oleh Pasukan FELCRA Berhad. Untuk pengetahuan umum Pasukan FELCRA Berhad telah pun memenangi 4 acara dari 6 acara sukan yang dipertandingkan, iaitu badminton, karom, ping-pong dan dart.
Manakala acara bola sepak pasukan FELCRA Berhad hanya menunggu perlawanan seterusnya untuk menentukan tempat ke-3 atau ke-4. Hanya acara Futsal sahaja yang belum berlangsung. Futsal akan dipertandingkan pada 27 julai 2010 (sabtu) di IFC Futsal di Air Panas.

No comments: