Tuesday, July 13, 2010

KEJOHANAN PING PONG KEBANGSAAN 2010









Dimaklumkan pasokan KESURA Felcra Ibu Pejabat telah menyertai Kejohanan Ping Pong Kebangsaan pada tarikh 25 hb. Hingga 27 hb. Jun 2010 di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur. Pasukan FELCRA Berhad diwakili FELCRA 1 MALAYSIA dan KESURA FELCRA. Walaupun kedua-dua buah pasukan mengalamai kekalahan dalam empat perlawanan dan menang dua perlawanan, kami berpuashati kerana pasukan ini dapat memperbaiki ‘team building’ dan mutu permainan berpasukan (Espert dan Novis).

Berita yang mengembirakan bagi kami adalah pasukan kita dapat memasuki ke peringkat suku akhir bagi acara terbuka perseorangan wanita kebangsaan. Persiapan ini sangat berguna bagi persiapan FELCRA Berhad menghadapi kejohanan terutama MAKSPEN & MAKSWIP.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama staf-staf FELCRA Berhad dari Pahang, Perak, Selangor / W. Persekutuan, Johor serta staf-staf FELCRA Ibu Pejabat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Penghargaan juga ditujukan kepada semua AJK Kesura Ibu Pejabat dan J/Kuasa Ping Pong Kesura yang bertungkus lumus menjayakan kejohanan ini. Wassalam

No comments: