Kejohanan bolajaring antara rumah 2010 telah diadakan pada 22 Mei 2010 bertempat di padang bola jaring Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Rampai. Kuala Lumpur.
Walaupun perlawanan berlangsung didalam keadaan hujan lebat, kehadiran dan sambutan yang diberikan oleh staf syarikat tetap membanggakan begitu juga dengan pasukan-pasukan yang bertanding . Ini dapat dibuktikan apabila melihat ramai penonton yang berdiri ditengah-tengah hujan untuk memberikan sokongan moral kepada pasukan rumah masing-masing.
Pemain-pemain telah menunjukkan satu mutu permainan yang tinggi dan berkualiti. Pihak KESURA yakin bahawa pada satu hari nanti ia akan dapat melahirkan pemain-pemain yang boleh diketengahkan ke kejohanan sukan yang lebih besar samada di peringkat kelab dan Kebangsaan.
Diakhir perlawanan, pasukan rumah merah telah berjaya menjadi juara, rumah ungu naib juara dan rumah kuning menduduki ditempat ketiga.
Syabas diucapkan kepada pasukan-pasukan yang berjaya. Bagi pasukan yang tidak berjaya adalah diharapkan supaya tidak berputus asa dan memberikan tumpuan pada perlawanan-perlawanan lain yang telahpun disusun jadualnya pada bulan-bulan berikutnya.
Pengurus Besar Kumpulan Khidmat Pengurusan
dan barisan Exco KESURA
Pasukan rumah kuning
beramah mesra dengan para pemain
dengan membuat satu lontaran kedalam jaring
bola kedalam jaring. Syabas Tn. Hj.
ayam tambatannya yang tinggi lampai
berjaya menjadi juara
didalam keadaan hujan lebat
pasukan rumah merah yang menjuarai pertandingan
kepada pasukan rumah kuning yang mendapat tempat ketiga
Saifol tetap ceria bergambar bersama gadis-gadis
No comments:
Post a Comment