Saturday, May 8, 2010

KEJOHANAN SUKAN SEPAKTAKRAW ANTARA RUMAH

Kejohanan sukan sepaktakraw antara rumah akan dilangsungkan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :-

Tarikh : 15 Mei, 2010
Masa : 9.00 pagi hingga 6 petang
Tempat : Kompleks Sukan Kampung Pandan, Kuala Lumpur

Pelan lokasi Ke Kompleks Sukan Kpg. Pandan

(Klik 2x untuk membesarkan)

Semua Pengurus-Pengurus pasukan hendaklah memastikan supaya pemain-pemain yang telah dipilih untuk mewakili pasukan berada di gelanggang permainan selewat-lewatnya 15 minit sebelum pertandingan bermula.

Pengurusan KESURA memohon kepada semua yang hadir supaya dapat menjaga tingkah laku dan beradab sopan serta tidak menimbulkan sebarang ketegangan sepanjang kejohanan tersebut berlangsung. Ini adalah bagi menjaga nama baik FELCRA Berhad khasnya dan KESURA amnya.

4 comments:

cinta pada yang satu said...

Tahniah, kesura dah ada blog, senangla kite nak tau aktiviti semasa.

Ramai ahli tak tau lagi blog ni..bile nak publish.

tq.

Unknown said...

Publish la cepat sikit. nanti meriahlah sukan hari sabtu ni.

Unknown said...

Syabas di atas kehadiran blog kesura, tapi jangan harap canggih saja. Pengisian dan info perlu di update selalu dan diuar-uarkan kepada semua ahli agar mereka tahu apa yang kesura buat. Jangan syok sendiri bangg..

Unknown said...

halo bro respon la....... game sabtu ni sonyap je xstim langsung, ungu dah ready ni.....